Tuesday, December 3, 2013

PANDUAN MENANAM PANDAN

Pengenalan
Pandan (Pandanus adorus) adalah sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak ke atas.  Daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam di hujung.  Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujung.  Sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi.  Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.
Penyediaan Tanah
Pokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok.  Sediakan lubang berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm.  Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP.  Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di permukaan keliling anak pokok.
Sekiranya menanam dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.  Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.

Penjagaan
Siram anak pokok apabila perlu.  Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok.  Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 gm/pokok bagi tanaman seperti di sekitar rumah. 
Tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan.  Daun pandan boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam.

Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat Dan Manfaatnya

kali ini menunjukkan senarai buah-buahan dan faedah antioksidan buah-buahan yang paling berkhasiat. Untuk mendapatkan manfaat buah-buahan yang terbaik, anda mesti kerap memilih buah-buahan dari Top 10 Senarai Buah-Buahan yang dinyatakan dibawah sebentar lagi. Daripada itu, barulah anda boleh kelihatan lebih sihat, berfikir lebih baik dan mempunyai tenaga yang lebih banyak.
Tetapi itu bukan semuanya. Ternyata bahawa makan sebiji epal sehari atau aprikot, kiwi, betik atau semangkuk blueberry, boleh membuatkan kita untuk tidak memerlukan doktor lagi! Bukan sekadar buah-buahan sihat adalah lazat dan berkhasiat, dapat mengurangkan risiko selesema, sakit jantung, kanser dan sebagainya, ia juga mengandungi faedah antioksidan buah-buahan yang akan membantu anda berasa lebih baik dan hidup lebih lama.
Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat & Manfaatnya
1. Buah Epal. Kalau dimakan bersama kulit, ia akan memberikan badan anda Pectin, 5 gram serat dan dos flavonoid antioksidan yang banyak. Buah apel membantu menurunkan paras kolesterol anda. Dos flavonoid yang banyak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebiji buah epal mempunyai 80 kalori.


2. Buah Aprikot. Ia adalah sumber yang baik untuk vitamin A, C dan E, kalium, zat besi dan karotenoid. Lycopene yang terdapat dalam aprikot membantu melindungi mata anda dan mencegah penyakit jantung, pengoksidaan kolesterol LDL dan kanser tertentu(terutamanya kanser kulit). Serat yang terdapat dalam aprikot membantu melegakan sembelit. Sebiji aprikot mempunyai hanya 19 kalori.
3. Buah Pisang. Buah pisang adalah sumber kalium(kira-kira 400mg), membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan stroke. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otot. Pisang sangat lazat dan manis untuk dimakan menjadikan ia sebagai pengganti gula yang baik dan sumber tenaga semulajadi. Serat dalam buah pisang membantu memulihkan tindakan usus yang normal. Pisang mengandungi sekitar 108 kalori.
4. Buah Beri(Berries). Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap stroke, kanser dan banyak penyakit lain.
  • Blueberries merupakan buah-buahan yang utama dalam senarai buah-buahan antioksidan. Selain memberi manfaat kesihatan yang lain, Blueberries membantu menghalang tekanan darah tinggi, marcular degeneration dan kerosakan otak yang membawa kepada penyakit Alzheimer. Satu cawan blueberries mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.
  • Blackberries mempunyai 74 kalori dan 10 gram serat secawan.
  • Raspberries mempunyai 60 kalori dan 8 gram serat secawan.
  • Strawberries mempunyai 50 kalori dan 4 gram serat secawan sekiranya dihiris.

5. Buah Tembikai(Cantaloupes). Ia mengandungi penuh vitamin C, kalium dan karotenoid antioksidan. Tembikai boleh membantu mengurangkan keradangan, mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular, meningkatkan immuniti dan membantu melindungi kulit anda daripada sinaran matahari(sunburn). Separuh tembikai mempunyai 97 kalori dan 2 gram serat.

6. Buah Ceri. Buah ceri adalah sangat tinggi dalam besi dan flavonoid untuk melawan penyakit. Ia mengandungi kalium, magnesium, vitamin C dan E, folat dan karotenoid untuk pelindung hati. Buah ceri mengurangkan keradangan, sakit artritis, kolesterol yang tidak baik dan risiko kanser. Satu cawan buah ceri mempunyai 88 kalori.

7.Buah-Buahan Citrus. Buah dalam kategori ini sangat dikenali sebagai buah yang mempunyai rasa jus yang segar dan tinggi dalam vitamin C. Tetapi ia juga merupakan sumber folat, serat dan antioksidan lain, vitamin dan mineral. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol, tekanan darah dan risiko sesetengah kanser.
  • Buah anggur merah hanya mengandungi 47 kalori.
  • Buah oren mengandungi 50 hingga 70 mg vitamin C dan 68 kalori sebiji.
  • Buah lemon dan lime mengandungi kira-kira 17 kalori sebiji.
8. Buah Kiwi. Ia mengandungi dua kali ganda vitamin C dari buah oren. Ia merupakan sumber yang sangat baik magnesium, kalium dan vitamin A dan E. Buah kiwi boleh meningkatkan sistem imun dan mengurankan penyakit pernafasan. Sebiji kiwi mempunyai 47 kalori dan 3 gram serat.


9. Buah Betik. Ia penuh dengan vitamin C, folat, karotenoid dan enzim peghadaman semulajadi yang membantu penghadaman protien, Satu cawan cube betik mengandungi 55 kalori.

10.Buah Anggur Merah. Buah ini mengandungi zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang kuat untuk melawan banyak penyakit. Anggur berwarna gelap mengandungi sumber flavonoid, anthocyanin dan resveratrol untuk membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Satu cawan buah anggur merah mempunyai 60 kalori.

Mulai dari sekarang, anda boleh cuba untuk memilih dari setiap buah-buahan daripada senarai buah-buahan yang sihat diatas. Anda semua sudah pun tahu bahawa semua buah-buahan diatas mempunyai manfaat kepada diri anda dan kesihatan sepanjang hidup yang anda jalani. Selamat mencuba... Amalkan makan buah-buahan dengan kerap. :-)

Penjagaan dan Pemeliharaan Pokok Limau Kasturi

Penjagaan pokok buah limau kasturi memerlukan produk yang telah disyorkan oleh pihak pertanian. Terutama penggunaan baja biji atau cecair. Begitu juga dengan racun serangga atau ulat yang boleh merosakkan akar, batang, daun dan buah.

 
Pucuk baru dan buah yang banyak
 
                         
Membuang rumput di sekitar pokok
                      
Pembajaan yang mencukupi dan penyiraman air lima kali sehari

Baja biji NPK untuk daun

Baja biji kesuburan
























POKOK BUAH LIMAU KASTURI 


Buah Limau Kasturi (Calamansi) atau dikenali juga dengan nama saintifiknya Citrrfortunella Microcarpa adalah tumbuh-tumbuhan yang berasal dari Filipina dan beberapa kawasan di Asia Tenggara. Ia biasanya tumbuh di belakang halaman rumah dikalangan jenis jeruk/limau.
Pokok limau kasturi bersaiz diantara 2 meter sehingga 7-1/2 meter pada tahap kematangan pokok tersebut.  Mempunyai daun yang berbentuk kasar dan bujur seperti telur dan daun yang berwarna hijau gelap di permukaan dan pudar di bahagian bawahnya. Buah limau yang berdiameter bulat di antara 2 cm sehingga 4.5 cm dan berwarna kekuningan-hijau.
Seperti buah jeruk yang lain juga, seperti buah limau Mandarin, limau bali, buah limau oren, buah limau kasturi juga kaya dengan fosforus, kalsium, besi dan vitamin C atau asid askobik. Jusnya berkhasiat dan secara traditionalnya dibuat untuk minuman yang membantu memulihkan kesakitan penafasan. Ia juga membantu menguatkan tulang dan merangsang pertumbuhan terutamanya kanak-kanak. Ia juga membantu menambahkan keenakan masakan.

KEPERLUAN TANAH DAN CUACA

Untuk mengusahakan tanaman limau kasturi adalah mudah. Tanaman ini tumbuh baik dalam cuaca sejuk dan kawasan yang luas serta tanah berpasir  yang kaya dengan bahan organik. Kawasan air bertakung/tidak mengalir air tidak sesuai untuk perusahan ini kerana tidak boleh terlalu lembab.

 
Humus atau sisa bakaran dan mendapan tumbuh-tumbuhan

 
Jenis-jenis struktur tanah
 


1. Tanah gembur (loamy soil)
2. Tanah lanar/bergelodak (silty soil)
3. Tanah liat (Clay soil)
4. Tanah gambut (Peaty soil)
5. Tanah kapur (Chalky soil)
6. Tanah pasir (sandy soil)

Nilai kandungan nutrient bahan organik

Bahan
Natrium %
Fosforus %
Potassium %
Tulang haiwan
1
11
0
Sebatian
1.5
0.5
1
Darah kering
12
1.5
0.5
Ikan
10
4
0
keratin
1
0.5
9
Tani lembu segar
0.25
0.15
0.25
Tahi lembu segar
0.3
0.15
0.5
Tahi kambing segar
0.6
0.33
0.75
Tahi babi segar
0.3
0.3
0.3
Tahi ayam,itik
2
2
1
Mineral
5
2-5
2
Gambut dan tahi
1.5
0.25
5
Fosforus batu
0
25
0
Air perkumuhan
45
0
0
Abu kayu bakar
0
1-2
3-7

Penanaman

Waktu terbaik penanaman pokok limau kasturi bermula ketika musim hujan.
Jarak di antara pokok
Biasanya jarak di antara pokok adalah 5 meter.
 
Racun serangga
 
Gejala daun kekuningan dan berbintik
Buah yang diserang serangga dan berkerutu





















Gejala tumbuh-tumbuhan
{  Gejala Warna Tompok Kulat dan jalur di pokok

Semua pokok yang berwarna ganjil disebabkan diserang oleh lebih dari satu atau lebih oleh kulat (fungi) yang boleh terjadinya keguguran daun, terbantut, bulat kepada bujur, berbentuk cengkung, atau bentuk yang menompok tidak sekata pada daun. Kebanyakkan gejala ini terjadi ketika cuaca sejuk, kemarau dan terlalu kerap hujan, kabus tebal, atau titisan embun yang banyak, suhu yang tinggi dan tumbuh-tumbuhan yang terlalu rapat.
 
Contoh Penyakit Daun
  























Sedikit tompok pada daun tidak terlalu merbahaya kepada sesebuah pokok dan tidak banyak parut yang boleh memudaratkan. Walaubagaimanapun, tompok daun akan bermula jangkitan pada peringkat awal musim yang boleh menyebabkan pramatang akan terjejas. Jika ia masih terjadi lebih dari dua tahun ke atas ia akan menyebabkan kelemahan pada pokok, terbantut pertumbuhan dan meningkatkan liang-liang dan penyakit-penyakit lain. Kejadian tompok daun yang terjadi lewat selalunya tidak menjejaskan teruk kesihatan pokok. Sesetangah tompok daun diberi nama seperti ‘anthracnose’, tompok hitam, downy spot atau white mold, ink spot, spot anthracnose, daun yang menggulung, keruping, shot-hole, sooty blotch dan tar spot.

Sumber:
DEPARTMENT OF CROP SCIENCES
UNIVERSITY OF ILLINOIS AT URBANA-CHAMPAIGN
Struktur Tumbuh-tumbuhan
1. Dinding selulosa.
2. Klorofil dan kanji.
3. Ia mempunyai mulut setidak-tidaknya mempunyai sistem koordinasi
    saraf.
4. Bunga: berwarna dan selalunya  berbau dan menghasilkan tumbuh-
    tumbuhan.
5. Buah: Menghasilkan tumbuh-tumbuhan diikuti dengan bunga.
6. Benih: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang penting untuk pembiakan.
7. Daun: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bertunas menghasilkan
    cabang-cabang dahan yang selalunya berwarna hijau.
8. Batang: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang membawa daun.
9.Akar: Struktur bawah tanah yang menyalurkan kepada tumbuh-
   tumbuhan dan memegang Pokok pada tempatnya.
10.Tunas: Bahagian atas tumbuh-tumbuhan.

Rangkaian fungsi daun, batang dan akar

Daun;
Salah satu bahagian penting untuk fotosintesis-menghasilkan karbohidrat menggunakan tenaga daripada cahaya matahari. Daun fotosintetik selalunya nipis, mempunyai permukaan yang besar, dan tersusun berbeza sudut pada tumbuh-tumbuhan untuk menyerap cahaya matahari secara maksimum. Selain itu juga ia sesuai untuk tujuan makanan dan penyimpanan makanan, menyokong dan defensif.

Batang;
Cenderong untuk ke atas tanah, tekanan lonjakan dan menyokong sendiri. Selalunya berakhir di dalam cantuman tunas dan daun yang rimbun, dan organ pembiakan. Terdapat banyak variasi pada batang yang normal. Kebanyakkannya ialah bawah tanah, prostrate atau untuk simpanan makanan, pembiakan atau membantu/membantu organ.

Akar;
Cenderong untuk bertumbuh ke bawah, menjauhi daripada cahaya dan ke arah air. Secara umumnya, ia membawa samada daun dan tunas. Fungsi utamanya adalah untuk melebarkan rayapan akar, penyerapan dan sebagai pengangkut. Selain itu, akar juga berfungsi untuk menampung perbagai fungsi lain termasuklah penyimpanan, menyokong kekuatan dan pengudaraan.


masih berkenaan dengan akar………………

Akar beroperasi sebagai sistem pembuluh seperti saluran paip yang menggerakan air dan mineral daripada tanah terus ke daun dan buah. Akar membentuk sekitar ¼ sehingga 1/3 daripada jumlah kering berat tumbuh-tumbuhan.  Jumlah panjang tisu akar dalam bentuk tunggal tumbuh-tumbuhan dianggarkan 380 batu. Akar akan berfungsi dengan baik sekiranya mencukupi peringkat tanah yang beroksigen. Tanah yang padat dan mengandungi air, mengurangkan tahap oksigen, akan mematikan akar dan akan menyebabkan sistem akar akan terjejas.
Cara semulajadi struktur dan pertumbuhan akar mengesahkan kesan ke atas:
1. Saiz dan kekuatan  pokok.
2. Disesuaikan dengan tanah tertentu.
3. Respon suasana yang praktikal.
Akar sangat penting kepada kesihatan dan kesegaran pokok. 80% daripada masalah pokok adalah bermula dari tanah/akar yang bermasalah.

Fungsi Utama Akar

1. Menambat dan menyokong pokok.
1.1 Menyerap dan membawa air dan mineral.
1.2 Menyimpan bahan fotosintesis (karbohidrat, gula, protein)
2. Sebagai survival ketika musim sejuk.
1.1 Kegunaan hortikultur.
3. Makanan dan sumber makanan.
4. Pembiakan dan kesuburan.
5. Mengawal hakisan tanah.

Gambar rajah di bawah menunjukkan bahaian-bahagian penting sebuah pokok.
Bahagian atas pokok
Bahagian tengah pokok
Bahagian bawah atau di dalam tanah/struktur akar

Struktur lengkap yang menunjukkan struktur daun, batang dan akar
Bunga yang menghasilkan buah







Penyenggaraan Pokok Limau Kasturi pada bulan Ogos 2012

Kesan rumpai jejalar kepada pokok tanaman berbuah

Rumpai jejalar pada pokok limau bali menyebabkan kerosakan pada pokok



Kesan negatif yang berlaku hasil daripada rumpai jejalar

Pokok berbuah adalah amat sensitif seperti pokok limau kasturi mestilah diperhatikan supaya terutamanya rumpai yang menjalar seperti gambar di atas akan menjejaskan perkembangan pokok ini akan menyebabkan pokok tidak berbuah dan terbantut.
 
Pokok limau kasturi yang ditumbuhi rumpai sebegini mestilah dibuang, kerana akan menjejaskan pembesaran pokok dan buah yang dihasilkan tidak bermutu
 
Rumpai yang dibuang dan dibubuh baja ini akan menjamin pada kualiti pokok yang sedang membesar
 
Beginilah pokok yang dijaga dengan membuang rumpai sekeliling dan dibaja mengikut penjadualan
 
Struktur Asas Pokok Limau Kasturi

 
Batang bercabang
 
 
Cabang baru membentuk struktur pembesaran perkembangan pokok
  
Pucuk baru yang hijau muda

Daun yang telah matang kelihatan berwarna hijau gelap dan lebar




























Bunga dan buah yang terhasil

Bunga yang baru berputik  
 
Bunga yang berputik dan berkembang 
 
Putik bunga yang telah luruh akan kelihatan buah yang kecil
 
  
Bentuk buah yang berulas

Penyakit dan serangan serangga
 
Sarang serangga atau makhluk perosak yang ada di daun


Serangga yang memakan daun dan menghisap manisan pada buah

Mengawal rumpai di sekeliling pokok
 
Penutup tanah di sekliling pokok
 
Selain membuang, mencabut dan membersihkan rumpai di sekeliling dasar pokok limau kasturi, cara meletakkan plastik beg hitam juga menjadi satu cara yang berkesan. Rumpai yang tidak mendapat cahaya matahari tidak akan tumbuh.
Beberapa contoh tutupan di sekeling pokok:-

 
























Membaja pada 10hb Oktober 2012


Membuang rumput serta membubuh baja

Rumput yang dipotong