Tuesday, December 3, 2013

Strategi & Tips Menanam Cili Dirumah

Cili adalah salah satu tanaman yang perlu ada dan ditanam dilaman rumah bagi sesiapa yang berhalaman rumah..kalau duduk kondo atau apartment tuh susahlah sikit kan sebab masalah ruang. Ini adalah kerana jika kita tanam cili sendiri kat rumah senang..nak makan cili segar petik jer kat pokok, anytime..jimat duit dapur pun satu..cili yang dibeli biasanya tak tahan lama, lepas 2,3 hari dah buruk..

Walaupun dalam rumah nie tuan blog sorang jer yang makan cili, namun stok cili jarang putus...dan jarang sangatlah beli kat pasar..semuanya fresh dari ladang..

Strategi diatur since awal tahun nie bilamana pernah keputusan bekalan cili akibat pokok mati,kena mesin rumput dan cili tak berbuah..banyak cili pelbagai jenis ditanam tahun nie..alhamdulillah sekarang nie tak berhabisan nak petik..

Cili jenis panjang seperti cili kulai. Pokoknya yang paling besar dan subur serta menghasilkan banyak buah. Ditanam ditepi greenhouse.

 Cili burung, cili kulai yang ditanam berdekatan ngan pokok dhal

4 jenis cili - cili kulai, cili besar tempatan, cili cayenne serta cili burung yang ditanam diluar.

Cili yang ditanam ditepi pagar - cili burung, cili kulai serta cayenne..


Bahan-bahan

1. Benih Cili

terdapat banyak jenis2 cili yang terdapat di pasaran, tak kiralah sama ada di pasaraya, kedai benih mahupun di jaringan internet......

diantara jenis cili yang yang terdapat dikedai benih ialah:

- F1 568
-hybrid 469
-hybrid 469s
-kulai King
-hybrid 477
-F1 151
-cili bangi
-big Ipoh 833

dalam sesi ini saya akan menggunakan jenis F1 568 sebagai bahan pengajaran kita kerana jenis ini lebih mudah dijaga dan sesuai bagi yang baru berjinak-jinak dengan pertanian cili.

2. Bekas semaian (tray)

terdapat 2 tray yang selalu dijual dipasaran, iaitu :-

3.Media semaian

4. Polibeg

5. Media tanaman

6. Pam air

pemilihan pam air bergantung kepada berapa banyak pokok yang akan ditanam. sekiranya pam yang digunakan tidak sesuai, ia boleh menyebabkan paip yang diapasang akan tercabut atau air yang dipam tidak sampai ke pokok, atau air yang sampai ke pokok tidak mencukupi.

pada sesi ini kita akan gunakan paip aquarium kerana kita akan tanam cuma 20 pokok sebagai permulaan

7.paip 16mm

paip ini boleh dibeli di kedai hardware yang berdekatan. biasanya ia djual dgn harga 60 sen /meter.


8.dripper

9.nipple

10.microtube

11.Tong air

oleh kerana hanya sedikit sahaja pokok yang akan ditanam, maka kita akan menggunakan tong sampah hitam sebagai tong air. tong sampah mestilah yang baru, jangan guna yang terpakai.

12.plastik penutup bumi/silvershine (optional)

yang ni kalau tiada pun tidak mengapa

13.Tapak tanaman

yang ini merupakan bahagian yang paling penting sekali dalam penanam cili mahupun apa-apa tanaman sekali pun.



Menanam

Pertama sekali kita perlulah mencari tapak

Tapak tanaman adalah kriteria yang wajib ada sebelum melakukan sebarang aktiviti penanaman atau pertanian.

antara ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap tapak adalah:

- agak luas/tidak terlalu sempit

- segi empat sama atau petak memanjang, bengkang-bengkok adalah dilarang kerana akan menyukarkan aktiviti penanaman.

- mestilah tidak terlindung dari cahaya matahari.

- tidak mudah ditenggelami/dinaiki air, pastikan semua saliran berfungsi dengan baik.

- tidak terdedah dengan haiwan perosak tanaman seperti musang, kambing, lembu dan sebagainya.

- berdekatan dengan jalan

- mudah mendapat bekalan air dan elektrik

- persekitaran yang bersih bagi mengelakkan gangguan serangga yang melampau.



Penyediaan Tapak:
Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. (sumber jabatan pertanian)
 
Dalam Polibeg/Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Gunakan cocopeat, isikan cocopeat kedalam polibeg. gunakan cocopeat 100%.

ATAU

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau    kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.



Menanam:
Di Ladang
Apabila Anak benih mencapai umur 6 minggu sudah boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris. (sumber jabatan pertanian)
 
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Anak pokok boleh diubah selepas 4 minggu disemai di tray. Setiap pasu atau polibeg perlu diisi dengan satu/dua pokok sahaja, tetapi saya cuma mengesyorkan 1 pokok bagi 1 polybag sahaja. Jarak bagi pokok adalah 90cm diantara pokok dan 1.2meter diantara garisan. 

MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
(sumber: Suara KPW Oktober 1993)
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

PENJAGAAN:
Menyiram

Di Ladang - Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Di polibeg/pasu - gunakan timer pada pam air supaya penyiraman lebih efisen/teratur. siraman perlu dilakukan 5 kali sehari.

Membaja
1.  Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:   17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
 
2.   Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

3.    Dalam Polibeg

Gunakan baja cecair A+B sepanjang penanam cili, baja A+B boleh dibeli di kedai baja pertanian.



MEMUNGUT HASIL

Sudah pastinya memungut hasil adalah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penanam.


(1)     Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.  Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.
·         Cili HIjau
Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.
 
·         Cili Merah
Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.
Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.   Cili boleh dipetik selang sehari.

No comments:

Post a Comment