|
Baja biji NPK untuk daun |
|
Baja biji kesuburan |
POKOK BUAH LIMAU KASTURI
Buah Limau Kasturi (Calamansi) atau dikenali juga dengan nama saintifiknya Citrrfortunella Microcarpa adalah tumbuh-tumbuhan yang berasal dari Filipina dan beberapa kawasan di Asia Tenggara. Ia biasanya tumbuh di belakang halaman rumah dikalangan jenis jeruk/limau.
Pokok limau kasturi bersaiz diantara 2 meter sehingga 7-1/2 meter pada tahap kematangan pokok tersebut. Mempunyai daun yang berbentuk kasar dan bujur seperti telur dan daun yang berwarna hijau gelap di permukaan dan pudar di bahagian bawahnya. Buah limau yang berdiameter bulat di antara 2 cm sehingga 4.5 cm dan berwarna kekuningan-hijau.
Seperti buah jeruk yang lain juga, seperti buah limau Mandarin, limau bali, buah limau oren, buah limau kasturi juga kaya dengan fosforus, kalsium, besi dan vitamin C atau asid askobik. Jusnya berkhasiat dan secara traditionalnya dibuat untuk minuman yang membantu memulihkan kesakitan penafasan. Ia juga membantu menguatkan tulang dan merangsang pertumbuhan terutamanya kanak-kanak. Ia juga membantu menambahkan keenakan masakan.
KEPERLUAN TANAH DAN CUACAUntuk mengusahakan tanaman limau kasturi adalah mudah. Tanaman ini tumbuh baik dalam cuaca sejuk dan kawasan yang luas serta tanah berpasir yang kaya dengan bahan organik. Kawasan air bertakung/tidak mengalir air tidak sesuai untuk perusahan ini kerana tidak boleh terlalu lembab.
|
Humus atau sisa bakaran dan mendapan tumbuh-tumbuhan |
|
Jenis-jenis struktur tanah |
1. Tanah gembur (loamy soil)
2. Tanah lanar/bergelodak (silty soil)
3. Tanah liat (Clay soil)
4. Tanah gambut (Peaty soil)
5. Tanah kapur (Chalky soil)
6. Tanah pasir (sandy soil)
Nilai kandungan nutrient bahan organik
Bahan
|
Natrium %
|
Fosforus %
|
Potassium %
|
Tulang haiwan
|
1
|
11
|
0
|
Sebatian
|
1.5
|
0.5
|
1
|
Darah kering
|
12
|
1.5
|
0.5
|
Ikan
|
10
|
4
|
0
|
keratin
|
1
|
0.5
|
9
|
Tani lembu segar
|
0.25
|
0.15
|
0.25
|
Tahi lembu segar
|
0.3
|
0.15
|
0.5
|
Tahi kambing segar
|
0.6
|
0.33
|
0.75
|
Tahi babi segar
|
0.3
|
0.3
|
0.3
|
Tahi ayam,itik
|
2
|
2
|
1
|
Mineral
|
5
|
2-5
|
2
|
Gambut dan tahi
|
1.5
|
0.25
|
5
|
Fosforus batu
|
0
|
25
|
0
|
Air perkumuhan
|
45
|
0
|
0
|
Abu kayu bakar
|
0
|
1-2
|
3-7
|
Penanaman
Waktu terbaik penanaman pokok limau kasturi bermula ketika musim hujan.
Jarak di antara pokokBiasanya jarak di antara pokok adalah 5 meter.
|
Racun serangga |
|
Gejala daun kekuningan dan berbintik |
|
Buah yang diserang serangga dan berkerutu |
Gejala tumbuh-tumbuhan
{ Gejala Warna Tompok Kulat dan jalur di pokok
Semua pokok yang berwarna ganjil disebabkan diserang oleh lebih dari satu atau lebih oleh kulat (fungi) yang boleh terjadinya keguguran daun, terbantut, bulat kepada bujur, berbentuk cengkung, atau bentuk yang menompok tidak sekata pada daun. Kebanyakkan gejala ini terjadi ketika cuaca sejuk, kemarau dan terlalu kerap hujan, kabus tebal, atau titisan embun yang banyak, suhu yang tinggi dan tumbuh-tumbuhan yang terlalu rapat.
|
Contoh Penyakit Daun |
Sedikit tompok pada daun tidak terlalu merbahaya kepada sesebuah pokok dan tidak banyak parut yang boleh memudaratkan. Walaubagaimanapun, tompok daun akan bermula jangkitan pada peringkat awal musim yang boleh menyebabkan pramatang akan terjejas. Jika ia masih terjadi lebih dari dua tahun ke atas ia akan menyebabkan kelemahan pada pokok, terbantut pertumbuhan dan meningkatkan liang-liang dan penyakit-penyakit lain. Kejadian tompok daun yang terjadi lewat selalunya tidak menjejaskan teruk kesihatan pokok. Sesetangah tompok daun diberi nama seperti ‘anthracnose’, tompok hitam, downy spot atau white mold, ink spot, spot anthracnose, daun yang menggulung, keruping, shot-hole, sooty blotch dan tar spot.
Sumber:
DEPARTMENT OF CROP SCIENCES
UNIVERSITY OF ILLINOIS AT URBANA-CHAMPAIGN
Struktur Tumbuh-tumbuhan
1. Dinding selulosa.
2. Klorofil dan kanji.
3. Ia mempunyai mulut setidak-tidaknya mempunyai sistem koordinasi
saraf.
4. Bunga: berwarna dan selalunya berbau dan menghasilkan tumbuh-
tumbuhan.
5. Buah: Menghasilkan tumbuh-tumbuhan diikuti dengan bunga.
6. Benih: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang penting untuk pembiakan.
7. Daun: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bertunas menghasilkan
cabang-cabang dahan yang selalunya berwarna hijau.
8. Batang: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang membawa daun.
9.Akar: Struktur bawah tanah yang menyalurkan kepada tumbuh-
tumbuhan dan memegang Pokok pada tempatnya.
10.Tunas: Bahagian atas tumbuh-tumbuhan.
Rangkaian fungsi daun, batang dan akar
Daun;
Salah satu bahagian penting untuk fotosintesis-menghasilkan karbohidrat menggunakan tenaga daripada cahaya matahari. Daun fotosintetik selalunya nipis, mempunyai permukaan yang besar, dan tersusun berbeza sudut pada tumbuh-tumbuhan untuk menyerap cahaya matahari secara maksimum. Selain itu juga ia sesuai untuk tujuan makanan dan penyimpanan makanan, menyokong dan defensif.
Batang;
Cenderong untuk ke atas tanah, tekanan lonjakan dan menyokong sendiri. Selalunya berakhir di dalam cantuman tunas dan daun yang rimbun, dan organ pembiakan. Terdapat banyak variasi pada batang yang normal. Kebanyakkannya ialah bawah tanah, prostrate atau untuk simpanan makanan, pembiakan atau membantu/membantu organ.
Akar;
Cenderong untuk bertumbuh ke bawah, menjauhi daripada cahaya dan ke arah air. Secara umumnya, ia membawa samada daun dan tunas. Fungsi utamanya adalah untuk melebarkan rayapan akar, penyerapan dan sebagai pengangkut. Selain itu, akar juga berfungsi untuk menampung perbagai fungsi lain termasuklah penyimpanan, menyokong kekuatan dan pengudaraan.
masih berkenaan dengan akar………………
Akar beroperasi sebagai sistem pembuluh seperti saluran paip yang menggerakan air dan mineral daripada tanah terus ke daun dan buah. Akar membentuk sekitar ¼ sehingga 1/3 daripada jumlah kering berat tumbuh-tumbuhan. Jumlah panjang tisu akar dalam bentuk tunggal tumbuh-tumbuhan dianggarkan 380 batu. Akar akan berfungsi dengan baik sekiranya mencukupi peringkat tanah yang beroksigen. Tanah yang padat dan mengandungi air, mengurangkan tahap oksigen, akan mematikan akar dan akan menyebabkan sistem akar akan terjejas.
Cara semulajadi struktur dan pertumbuhan akar mengesahkan kesan ke atas:
1. Saiz dan kekuatan pokok.
2. Disesuaikan dengan tanah tertentu.
3. Respon suasana yang praktikal.
Akar sangat penting kepada kesihatan dan kesegaran pokok. 80% daripada masalah pokok adalah bermula dari tanah/akar yang bermasalah.
Fungsi Utama Akar
1. Menambat dan menyokong pokok.
1.1 Menyerap dan membawa air dan mineral.
1.2 Menyimpan bahan fotosintesis (karbohidrat, gula, protein)
2. Sebagai survival ketika musim sejuk.
1.1 Kegunaan hortikultur.
3. Makanan dan sumber makanan.
4. Pembiakan dan kesuburan.
5. Mengawal hakisan tanah.
Gambar rajah di bawah menunjukkan bahaian-bahagian penting sebuah pokok.
|
Bahagian atas pokok |
|
Bahagian tengah pokok |
|
Bahagian bawah atau di dalam tanah/struktur akar |
|
Struktur lengkap yang menunjukkan struktur daun, batang dan akar |
|
Bunga yang menghasilkan buah |
|
Penyenggaraan Pokok Limau Kasturi pada bulan Ogos 2012
Kesan rumpai jejalar kepada pokok tanaman berbuah
|
Rumpai jejalar pada pokok limau bali menyebabkan kerosakan pada pokok |
|
|
Kesan negatif yang berlaku hasil daripada rumpai jejalar
Pokok berbuah adalah amat sensitif seperti pokok limau kasturi mestilah diperhatikan supaya terutamanya rumpai yang menjalar seperti gambar di atas akan menjejaskan perkembangan pokok ini akan menyebabkan pokok tidak berbuah dan terbantut.
|